Pengalaman berurusan dgn firefly.
Jadual perjalanan saya dan keluarga ialah pada 16 jun 2008 ke Pulau Pinang dan kembali pada 17 jun ke Kuantan.Tempahan dilakukan pada 4 mei 2008.(rujuk email dibawah)
Pada 13 jun 8 mlm,saya membuat panggilan kepada hotline firefly untuk mengesahkan penerbangan .Alangkah terkejutnya saya apabila diberitahu bahawa penerbangan pulang ke Kuantan hanya ada pada 18 jun.Pada 17 jun TIDAK ada penerbangan.
Maknanya tidak ada kapal terbang pada tarikh tersebut dari P.Pinang ke Kuantan.Saya diberi tempahan PALSU.
Sekiranya saya tidak menelefon hotline firefly pada hari tersebut (13 jun) sudah pasti kelam-kelibut di buatnya.Hampir 20 minit berbincang dengan pegawai tersebut perkara ini masih tiada jawapan.
Keesokkan hari (14 jun)saya hubungi pula pejabat firelly di P.Pinang.Mereka menjawab tiada jalan penyelesaian.Saya disuruh mengunakan cara lain untuk kembali ke Kuantan sekiranya ingin pulang juga pada 17 jun.
Saya bertolak ansur dengan meminta mereka menyediakan tempat tinggal untuk saya dan keluarga selama semalaman.Jawab pegawai tersebut 'firefly sykt penerbangan tambang murah tidak ada/akan membuat tawaran tersebut.'
Kenalah dua hari berada di Pulau Pinang.Terganggu segala urusan dan perancangan.Mungkin saya dapat jengok pejabat Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng,untuk menyempurnakan blog yang dikhaskan untuk beliau.
Nota:Perbualan telefon dengan 3 orang staff firefly amat baik.mereka agak mesra pelanggan.
No comments:
Post a Comment